Assalamualaikum,
Pd 12/3 - 14/3, saya, kak cik, abg Muaz serta ayah & ibu ke Teluk Batik (baca Family day off ayah). Abg ayeng & kak Ngah tak ikut, banyak assignment katanya. Memang seronok, sape tak pergi rugi. Kami menginap di Teluk Batik Resort. Kebetulan masa tu ada JAMBORI lg bertambah meriah.
Pd hari pertama hanya diadakan aktiviti pantai seperti futsal dan bola tampar saja.
Sebelah malamnya pula selepas 'dinner' acara bebas, ayah konon2nya nak join aktiviti memancing tapi malangnya hujan. Kesian ayah.
Hari Ahad barulah bermula acara sukan sepenuhnya utk kanak2 dan dewasa. Sy hanya masuk pertandingan
mewarna saja, utk suka-suka. Sebelah petangnya cukup meriah, dgn pertandingan bola tampar, futsal antara
pasukan (lupa nak cerita, peserta dibahagi kepada 4 kumpulan iaitu WAJA, PERDANA, INSPIRA dan PESONA, semua nama kereta). Ayah pun masuk bola tampar tp kalah. Paling best acara menconteng
wajah pasangan, mengikut kretiviti masing. Nanti saya minta kak ngah masukan gambar ye.
Bg saya yg paling best ialah 'snorkling' didarat. Hahaha jgn tertipu, sebenarnya ada kolam besar
dgn kedalaman antara 2 kaki hingga 12 kaki. Terdapat bermacam-macam jenis ikan laut kerana airnya
dipam terus dari laut. Semua org diberi peralatan snorkling utk melihat ikan2 yang terdapat disitu.
Sy juga ikut kakak dan abg menaiki 'banana boat', hehehe takut. Rasanya tak mau naik lagi kot.
Nanti bila lapang saya sambung lagi.
No comments:
Post a Comment