Tuesday, March 15, 2011

16 Mac 2011

Assalamualaikum,

Pd 12/3 - 14/3, saya, kak cik, abg Muaz serta ayah & ibu ke Teluk Batik (baca Family day off ayah). Abg ayeng & kak Ngah tak ikut, banyak assignment katanya. Memang seronok, sape tak pergi rugi.  Kami menginap di Teluk Batik Resort. Kebetulan masa tu ada JAMBORI lg bertambah meriah.
Pd hari pertama hanya diadakan aktiviti pantai seperti futsal dan bola tampar saja.
Sebelah malamnya pula selepas 'dinner' acara bebas, ayah konon2nya nak join aktiviti memancing tapi malangnya hujan. Kesian ayah.
Hari Ahad barulah bermula acara sukan sepenuhnya utk kanak2 dan dewasa. Sy hanya masuk pertandingan
mewarna saja, utk suka-suka. Sebelah petangnya cukup meriah, dgn pertandingan bola tampar, futsal antara
pasukan (lupa nak cerita, peserta dibahagi kepada 4 kumpulan iaitu WAJA, PERDANA, INSPIRA dan PESONA, semua nama kereta).  Ayah pun masuk bola tampar tp kalah. Paling best acara menconteng
wajah pasangan, mengikut kretiviti masing. Nanti saya minta kak ngah masukan gambar ye.
Bg saya yg paling best ialah 'snorkling' didarat. Hahaha jgn tertipu, sebenarnya ada kolam besar
dgn kedalaman antara 2 kaki hingga 12 kaki. Terdapat bermacam-macam jenis ikan laut kerana airnya
dipam terus dari laut.  Semua org diberi peralatan snorkling utk melihat ikan2 yang terdapat disitu.
Sy juga ikut kakak dan abg menaiki 'banana boat',  hehehe takut. Rasanya tak mau naik lagi kot.
Nanti bila lapang saya sambung lagi.

Tuesday, March 8, 2011

9 Mac 2011

Assalamualaikum,

SUAMI SOLEH (3)

6.   Bergurau senda dengan isteri dan keluarga, mesti ada komunikasi yang harmoni

7.   Bina hubungan mesra dengan aktiviti/riadah walaupun dengan cara yang paling sederhana

8.   Tidak mendidik keluarga dgn takabbur, riya', & bakhil
       Allah Ta'ala berfirman dlm surah Al-Imran ayat 4 - 7 yg bermaksud:
       4 - (kalau org yang demikian dikira dari bilangan orang2 Yang mendustakan ugama), maka
             kecelakaan besar bagi orang2 ahli sembahyang
       5 - (Iaitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya
       6 - (juga bagi) orang2 Yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya)
       7 - dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang
             berhak mendapatnya)

9.    Bersedia memberi nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tujuk ajar dalam melaksanakan
       tugas serta tanggungjawab rumahtangga dan juga terhadap Allah S.W.T
        -  Kaedah bimbingan mestilah bersesuaian dengan peringkat umut mereka
        -  Takzirah keluarga

10.  Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isteri
        -  sentiasa menjaga rahsia isteri
        -  Ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak
        -  Bijak memahami perasaan dan hati isteri samada dengan perbuatan atau perkataan
11.  Sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin. Imej yang menyenangkan.

bersambung....

Monday, March 7, 2011

8 Mac 2011

Assalamualaikum,

Semalam 7 Mac 2011, adalah hari lahir anakanda EMY ELIYA BT SAMSUL BAHRI yang ke 9. Eliya dapat hadiah CJ7 dari kak cik dan sebiji kek yang comel dari ayah dan ibu. SELAMAT HARI LAHIR ANAKU, semoga menjadi anak yang solehah, cemerlang di dunia dan disana kelak. Ini doa dari ibu dan ayah setiap hari tak lupa juga untuk anak-anak yang lain. AMIN

Wednesday, March 2, 2011

2 Mac 2011

SUAMI YG SOLEH (2)

3.    Bersyukur kerana Allah menganugerahkan pasangan hidup yang baik

       Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al Baqarah ayat 7 yg bermaksud:
       Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya
       Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi seungguhnya, jika kamu kufur ingkar,
       sesungguhnya azabKu amatlah keras"

4.    Sempurnakan nafkah samada zahir ataupun batin
       Allah Ta'ala berfirman dalam surah An Anfal ayat 75 yg bermaksud (petikan bermula dari ayat 'wa ulul
       ar ha mi bag...):
        "Dalam pada itu, orangorang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih atas           atas    setengahnya Yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah: Sesungguhnya Allah Maha mengetahui 
         akan tiap-tiap sesuatu."

5.      Luangkan masa untuk berbual dengan isteri setiap hari dan sentiasa senyum dan 
         bersemangat.
         Riwayat daripada Abu Darda' r.a katanya yang bermaksud:  Rasulullah s.a.w tidak mengucapkan
         satu patah perkataan pun melainkan dengan senyuman.
bersambung......