Sunday, February 27, 2011

28 Februari 2011

As Salam, hari ini ibu Eliya tumpang menulis.

Ibu telah mendengar ceramah agama yg diadakan di opis ibu beberapa hari lepas.  Ceramah disampaikan oleh Drs. Sapawi Che Mat yang bertajuk SUAMI YANG SOLEH. Disini ibu catitkan semula apa yg terdapat dlm nota ceramah tersebut.

1.   Luruskan niat untuk menjadi suami terbaik.
      Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud:
      "Hanya sanya semua amal bergantung kepada niat, dan hanya sanya bagi tiap2 sesuatu itu hasilnya              akan bergantung kepada apa yang diniatkan.
      Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul Nya, maka hijrahnya itu akan beroleh
      redho Allah dan syafaat Rasul Nya.
      Dan sesiapa yang berhijrah kerana ingin mendapat habuan dunia atau menikahi perempuan,
      maka ia akan dapat apa yang dihajatinya itu sj.

2.   Sentiasa berdoa untuk kebaikan keluarga
      Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 186 yg bermaksud;
      "Dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kpd mereka)
       Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kpd mereka); Aku perkenankan permohonan (doa)
       org yg berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka menyahut seruanKu
       (dgn mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi
       baik serta betul. ...... bersambung

No comments:

Post a Comment