Sunday, February 27, 2011

28 Februari 2011

As Salam, hari ini ibu Eliya tumpang menulis.

Ibu telah mendengar ceramah agama yg diadakan di opis ibu beberapa hari lepas.  Ceramah disampaikan oleh Drs. Sapawi Che Mat yang bertajuk SUAMI YANG SOLEH. Disini ibu catitkan semula apa yg terdapat dlm nota ceramah tersebut.

1.   Luruskan niat untuk menjadi suami terbaik.
      Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud:
      "Hanya sanya semua amal bergantung kepada niat, dan hanya sanya bagi tiap2 sesuatu itu hasilnya              akan bergantung kepada apa yang diniatkan.
      Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul Nya, maka hijrahnya itu akan beroleh
      redho Allah dan syafaat Rasul Nya.
      Dan sesiapa yang berhijrah kerana ingin mendapat habuan dunia atau menikahi perempuan,
      maka ia akan dapat apa yang dihajatinya itu sj.

2.   Sentiasa berdoa untuk kebaikan keluarga
      Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 186 yg bermaksud;
      "Dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kpd mereka)
       Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kpd mereka); Aku perkenankan permohonan (doa)
       org yg berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka menyahut seruanKu
       (dgn mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi
       baik serta betul. ...... bersambung

Friday, February 18, 2011

18/02/2011

assalammualaikum,
     cerita Azlin bersama keluarga di Terengganu.layan gambar di bawah...Fuhhh..!












Wednesday, February 16, 2011

As salam, saya tak tau nak tulis utk hari ni.  So Ibu tolong tulis utk adik

II.

As salam, ibu cerita masa kita overnight dkt Morib tempoh hari.  Kami kesana pada cuti raya cina yg lepas. Ibu sewa dua buah rumah ada 4 bilik. Ramai yang ikut termasuk atuk dan nenek.  Abd. Madi pasang jaring jam 2pm hari jumaat utk tangkap ikan.  Kita orang ke pantai cari siput dan kepah dpt la, tapi kecik je. kita orang main timbus-timbus pasir, abg jasri jadi mangsanya. Sebelum maghrib ayah and the geng dah start bakar arang utk bakar ikan, ayam udang yang dibawa oleh ibu, cik yong dan cu ina.

Sebelum tu sorang mak cik aku datang, yg ni sepesen sikit, lain dari yang lain. Abai kan dia. Lepas maghrib kita orang pun mula operasi makan2, huh besssss sangat. Atuk n nenek happy walau pun tak sihat. HABIS ....  .

Malamnya dlm pukul 11pm ayah, abg madi dan semua sepupu sepapat lelaki pergi tengok jaring (masa tu air dah beransur surut).   Kita orang tidur.  Esok paginya, ayah bg tau ada ikan segar dlm peti sejuk.  Ibu ckp ada org berbual mlm tadi, rupa-rupanya ayah and the geng bakar ikan dan ketam, diorang je makan. Sampai hari ayah.  IBU ADIK NAK P LAGIIIIIIIIIIIIIIIIII.

Nanti bila senang kit uploadkan gambar yang ada. Ok bye.

Saturday, February 12, 2011

13/02/2011

        assalammualaikum,
        saya Nur Azlin.Sambung cerita semalam.Kak Nabilah ajak kitaorang semua gi Alamanda teman beli barang.Saya ni jenis yg tak pandai naik bas.Saya ikut jelah.kemudian tiba je kita orang kat sna,kak Nabilah sruh kita orang tunggu kat depan kedai Yamaha.Ikin bersma Syarah pergi bermain game di bawah,selepas beberapa minit kta orang menunggu,salah seorang dari kami cuba untuk menghubungi Kak Nabilah.Kak Nabilah berkata"akak dah ada kat dalam bas on the way nk balik rumah,tadi akak cri adik2 semua tak jumpa".Kami semua pun balik dengan perasaan marah.Di sebabkan kejadian tadi tulah kami semua tiada mood untuk bermain bola pada keesokan hari nya.     

Friday, February 11, 2011

12hb Feb. 2011

      Assalammualaikum,hari ini saya pergi ke kenduri di Bangi.kawan ayah,dulu kami berjiran....ooops masa tu saya belum lahir masa tu dk IPV Cheras.  Tau tak IPV tu apa? Saya je ikt ayah n ibu org lain smua ada urusan, rugi depa tak mkn kambing panggang,  ayah kata sedap tau. tapi saya tak makan. Pengantinnya lawa, pakaian asli jwa sbb Wak org jawa. Makanan pun jawa keropok belinjau.  o.k lah

II
      Assalammualaikum,
saya Nur Azlin tpi nama pnjang saya Nur Azlin Binti Samsul Bahri.Berita terkini hari ini kat Putrajaya Presint 2 sedang di langsungkan Karnival Wow.Saya pergi ke sana bersama kwan2 saya untuk mengikuti pertandingan Footsal.Pada mulanya saya fikir pertandingannya hari ni,rupanya pada hari besok kami pun terfikir kata pertandingannya besok.Jurulatih kami muda & cantik namanya Nabilah.Kami pun segera bertanya kepada kak Nabilah."akak nape kita dtg sini hari ni kata perlawanannye pada hari besok"."tak akak saje nak bawa adik2 datang sini supaya kita boleh tahu macam mana pihak lawan kita main.Tak de bsok adik2 kaku nk buat macam mane" kata kak Nabilah.Semua pemain kumpulan kami bersahut kata2 kak Nabilah" oooo "...

III
        Assalamualaikum,
saya Yasmin saya jiran kepada Emy dia panggil saya Min .Pada hari ini saya akan pergi ke Karnival Wow di presint 2,kerana jiran saya yang lama mengajak saya pergi ke sana untuk melihat acara-acara yang akan berlangsung di sana.

Thursday, February 10, 2011

Salam perkenalan

Saya Emy Eliya, sekolah dekat Putrajaya Presint 14. Saya dua kakak dan dua abang, So tahula saya anak keberapa kan? Saya agak lasak, suka buli kakak atas saya, dgn yg lain saya takut sikit. Nantilah saya sambung, nak tanya ibu apa nak tulis. Lupa nak cerita blog ni ibu yang createkan utk saya.