Tuesday, December 27, 2011

28 Disember 2011 - CUTI-CUTI pt 1

Koleksi gambar:





Lokasi: Titi Hayun, Daerah Yan Kedah DA.
Tempat penginapan:  D'Yan Chalet
                                 Majlis Daerah Yan.

Sunday, December 25, 2011

Balik kampung (Kedah)

Saya bertolak ke kampung pada 21/12 saya ke sana dengan menaiki kereta,  hari berikutnya kami ke air terjun Bukit Batu Pahat,  kami makan tengah hari sambil bermandi manda di situ....





Friday, December 9, 2011

9 Disember, 2011

Salam,

Saya dan kakak saya menghadiri kem 'memperkasakan solat' yang diadakan di tempat kerja ibu
pada 5/12 yang baru lepas.

Jom kita layan gambar pada majlis tersebut:-









Dengan senyum menerima sijil.  Alhamdullilah

Friday, December 2, 2011

2 Disember 2011

Salam, kita selalu mendahulukan perkara-perkara (selalunya material) yang bukan keperluan.  Pernahkah  kita terfikir jika kita tidak memiliki apa yang kita idam-idamkan itu, apakah akan terjejaskan kehidupan seharian kita?  Kadangkala ada yang sanggup berhutang untuk mendapatkan sesuatu demi, memenuhi keinginannya.  Alangkah ruginya kita sekiranya keperluan tersebut hanya utk keduniaan semata-mata.
Ampunkan daku dan ahli keluargaku serta seluruh umat Islam Ya Allah.  Limpahilah kami dengan Rahmat dan Kasih Sayangmu Ya Allah. 

Kata Sheikh Yusuf al-Qaradhawi di dalam membicarakan tentang Fiqh Keutamaan:
Sebahagian umat Islam kini kerap mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding perkara yang penting. Perkara penting adalah urusan-urusan wajib yang termaktub dalam syariat Islam. Antara perkara tersebut ada yang besar, penting dan utama dan ada pula yang kecil, ringan, kurang penting dan kurang utama iaitu asasi, cabang (furu’), dan rukun.”

Sekian.

Thursday, December 1, 2011

Hari Terakhir Bersekolah Di Tahun Tiga

Pada 18 November,sekolah saya mengadakan hari kecemerlangan,untuk tahun 2011.Saya turut hadir pada hari tersebut untuk menerima hadiah bagi pertandingan bercerita & anugerah nilam,saya juga terlibat dalam acara tarian kipas....Kedua-dua pertandingan saya mendapat tempat pertama,saya mendapat piala yang begitu besar dalam acara anugerah nilam,saya amat bersyukur  dengan kejayaan tersebut.


gambar ni wak tu saya tengah menari...



saya yang dekat tepi tu....





Tu la hadiah yang saya dapat &yang tengah-tengah tu piala yang paling besar antara piala lain yang saya pernah dapat

Thursday, November 17, 2011

18 November, 2011

 Taubat Sang Pemalas
(dipetik dari blog Saifulislam.com)
 
“Terima kasih ustaz. Azam saya tahun ini, saya mahu hadir lebih kerap lagi ke majlis ilmu. Nak berubah!” kata seorang anak muda.
Beliau hadir ke salah satu program saya baru-baru ini.
“Alhamdulillah. Baguslah begitu. Semoga istiqamah,” saya memberi semangat.
“Ustaz tahu kenapa saya nak berubah?” tanyanya kepada saya tanpa diminta.
“Kenapa?” saya tidak tahu apa yang saya tidak tahu.
“Saya kasihan tengok orang macam ustaz!” ujar beliau.
“Kasihan macam mana? Ustaz gembira sahaja. Berceramah sentiasa lebih seronok daripada mendengar ceramah. Bukankah erti hidup pada memberi!” saya menjawab.
“Betul tu. Cuma saya terfikir sesuatu. 20 orang pelajar yang sepatutnya belajar, bertungkus-lumus menjadi AJK mengatur program. Banyak susah payah yang terpaksa mereka hadapi. Mereka kena mesyuarat untuk cari idea supaya program ini menarik perhatian dan tidak stereotaip. Mereka kena fikir bab makanan dan jamuan. Mereka tak cukup tidur dan keletihan…” kisah anak muda itu.
“Itu kan bagus. Latihan dan peluang mendapat pahala” saya mencelah.
“Itu baru mereka. Ustaz pula kena buat persediaan. Buat macam-macam slaid. Tinggalkan isteri, tinggalkan anak-anak. Musafir jauh-jauh. Nak kata sebab duit, saya yakin berapa sangatlah duit yang ustaz dapat. Tapi ustaz datang juga. Dan ceramah berjam-jam dengan penuh semangat” sambungnya lagi.
“Rutin yang menyeronokkan” saya menyelit.
“Semuanya kerana nak bagi orang macam saya ni sedar. Dapat ilmu, dapat petunjuk. Berpuluh-puluh orang malah beratus yang bersusah payah untuk saya. Tiba-tiba saya lebih selesa lepak di bilik main game atau tidur sahaja. Ustaz rasa patut tak Allah bakar saya dalam Neraka kerana malas dan degil saya?” soalnya dengan nada serius.
“Allah Maha Pengampun” saya menjawab.
“Maha Pengampun kepada orang yang tidak pernah minta ampun?” tanya anak muda itu.
Saya terdiam.
“Pada saya, setiap kali ada program di kampus, ada 1001 pengorbanan yang berlaku untuk menjayakannya. Golongan yang tak endah dengan program itu adalah manusia yang kufur nikmat. Kalau nanti masuk Neraka pun, semua orang akan kata, memang patut pun! Sebab itu saya takut ustaz. Saya janji pada diri sendiri untuk tidak lagi mensesiakan majlis ilmu terutamanya yang diatur khusus untuk orang macam saya. Kaum pemalas!” katanya.
Antara sedih dan terharu, hinggap pula di hati saya perasaan lucu.
“Tahu takpe!” hati berkata.
Untuk bacaan ahli keluarga.  Terima Kasih Ustaz.


Monday, November 7, 2011

8 November 2011

Salam, sesungguhnya semua yang tercatat disini adalah peringatan untuk diri sendiri dan ahli keluargaku .....

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat)benda itu: "Jadilah Engkau!", maka ia terus menjadi"-ayat 82, surah Yassin.

sumber:facebook