Wednesday, September 28, 2011

29 Sept. 2011

As salam, sesapa yang pernah mengikuti BTN tentu senonim dengan lagi ini kan? Liriknya yang menyentuh kalbu juga sebagai peringatan kepada kita semua terutamanya generasi muda.

Lagu Warisan

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang


Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan Gagah Di Nusantara
Maaf ibu Eliya tak ingat di'copy' dari mana.
MAAF

Monday, September 19, 2011

20 September 2011

Assalammualaikum,

Apa yang ku cari......., mari kita renungi cerita ini.

Ustaz bercerita tentang Abu Darda', seorang yang cukup terkenal sebagai sahabat Nabi. Beliau seorang ahli perniagaan yang kaya raya. Namun beliau memilih untuk mendapatkan kekayaan yang kekal abadi dan beliau tahu kehidupan itu adalah di akhirat. Lalu beliau tinggalkan dunia dan kekayaan yang sementara, dan fokus kepada akhirat. Namun sebagai ahli perniagaan, beliau teruskan berniaga. Beliau pastikan yang tempat perniagaan beliau ialah yang berhampiran dengan masjid, agar beliau dapat solaat berjemaah 5 kali sehari tanpa ketinggalan Takbiratul Ihram. Dan beliau juga pastikan yang beliau memperolehi keuntungan 40 dinar sehari, untuk beliau infakkan kesemuanya ke jalan Islam.

Apa yang Abu Darda' cari? Kebahagiaan dan kekayaan yang kekal abadi

Monday, September 5, 2011

6 September 2011

Salam, rasanya masih belum terlambat utk saya mengucapkan selamat hari raya kepada sesapa yang terbaca coretan saya ini.

Tak sangka saya, tahun ini saya berpuasa penuh. Dah sembilan tahunkan.  Tahun ni saya beraya dekat rumah nenek dekat Kelang je, tak balik Kedah pun, Ibu kata nanti-nanti la. Entah bila ibu nak balik Kedah pun tak tau la.

Kami ke rumah nenek selepas Solat Sunat Aidil Fitri di Masjid Sultan Mizan juga dikenali Masjid Besi.
Kesian nenek, ibu kata nampak nenek uzur sangat. Hanya 3 org anak nenek yg ada ketika itu.
Selepas bersalaman dengan nenek saya pun kerumah saudara mara dalam kampung.  Seronok sebab bukan selalu jumpa pun.  Paling best kerumah sepupu ayah (mak ngah Loni) mesti dapat makan sodap2.  TQ mak ngah.

                                             Atuk dan Nenek


                                          Me and my family






                                           Me and my cousins

Sekian, wassalam

Wednesday, August 3, 2011

4 Ogos 2011

Salam, mari kita hayati coretan di bawah:
erti kebahagiaan...
sesungguhnya kebahagiaan itu ialah anda hidup,
untuk pemikiran yang benar dan kukuh,
untuk akidah terbesar yang menyelesaikan,
permasalahan alam yang lampau,
persoalan yang disoal oleh orang yang tertanya-tanya,
semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir,
dari manakah aku datang? ke manakah aku hendak pergi?
kenapa aku dijadikan? adakah aku hidup kembali?
lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa,
terusir segala keraguan yang degil,
terdidiklah fikiran yang waras,
terciptalah akhlak yang mulia,
dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan
 yang benar dan lurus,
hidupmu akan dikurniakan nilai,
oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina,
supaya matamu memandang di segala ufuk,
ke arah cita-cita yang tinggi,
lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat,
di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana',
kau tudung bumimu dengan langit,
dan para malaikat menjadi saksi,
itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia,
itulah asas, itulah tiang serinya,
sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik,
dengan namanya; dialah orang yang berbahagia...
-Dr Yusuf Al-Qardhawi-
Buat renungan ........

Tuesday, August 2, 2011

3 Ogos 2011

Salam, InsyaAllah hari ini dah 3 hari umat islam berpuasa, saya setakat semalam puasa penuh.
Seronok.  Semalam ibu masak nasi daging, saya makan dengan sambal udang. Lepas saya makan sandwich, ibu buat juga.  Tapi saya tak ikut ibu dan ayah sembayang terawih, mengantuk.

Ini gambar saya dan along (aiman). Rindu aiman, nanti raya kita jumpa ye along.
Ok Sampai disini.  Wassalam

Wednesday, July 13, 2011

Flora fest - Putrajaya

Salam,  saya ke floria Putrajaya pada hari pertama 9 Julai 2011. Cantik. Jom kita tengok sedikit gambar yang sempat dirakamkan.







Cukuplah lima keping gambar, jom la kita pergi ramai-ramai.

Tuesday, July 12, 2011

13 Julai 2011

Assalam, pd 8/7/2011 kak ngah (sebelah ibu) telah selamat dinikahkan dengan pasangannya abg. Rizal.
Kami tiba agak lewat sebab jalan jem teruk, ayah hampir-hampir nak balik dah.  Nasib lepas tol jalan lengang.  Kendurinya hari Sabtu (9/7) kami sekeluarga tak hari sebab jalan tersangatlah jem.  Maaflah Angah.






Selamat Pengantin Baru Angah dan Abg. Rizal