Monday, December 3, 2012

Cuti Akhir Tahun

Assalammualaikum...
Hari ni Emy tak buat apa-apa jadi bolehlah Emy mengarang blog Emy yang dah lama ditinggalkan ni..
Cuti akhir tahun ni Emy tak pergi mana-mana pun bulan 11 duduk rumah je sebab ibu dan ayah Emy kerja...
tapi nanti bulan 12 ini kami sekeluarga akan pergi bercuti...
hmmm...mungkin bukan satu keluarga hanya Emy dengan kakak Emy Azlin je ikut ibu dan ayah ke PD

emy pergi PD bukan dengan ibu dan ayah saja..ibu ajak sepupu Emy sekali ikut...
tak sabar rasanya Emy nak pergi PD...  :)
Emy bercuti dekat Blue Lagoon...
dekat Permaisuri Resort.....
cantik tempatnya..tapi pantai dia kotor sikit...ayah kata kalau nak pantai bersih kena jalan depan sikit...
tapi Emy rasa Emt tak nak lah pergi mandi pantai Emy nak mandi dekat SWIMMING POOL...

Dekat Permaisuri Hotel ada swimming pool..
Emy nak mandi kat situ lah...

Insyaallah kalau Emy sempat ambil gambar kat sana....nanti Emy masukkan dekat blog ni ya...
Bye....Bye....
Assalammualaikum...
:)

Wednesday, November 7, 2012

Hari yang agak seronok

Assalammualaikum.....dan Salam Sejahtera.....
Har ini Emy nak cerita tenteng semalam iaitu pada 6.11.2012..


Uhum...uhum...testing 1...2...3...
okey..are you ready???
here...we go....

Semalam Kak Ainmaisarah melawat sekolah Emy....
dia jual buku novel...best-best novel dia...
dalam banyak-banyak novel yang ada, nak tahu tak Emy beli berapa je???

.................

Emy cuma beli tiga je....T_T
tapi tak ape.... :)
nak tahu tak tajuk ketiga-tiga navel yang Emy beli????

.................

NO.1 : Diary Gadis Bintang....
cerita dia best sangat 4 hari je baca dah boleh habis...
nak tahu kenapa cepat sangat habis???
sebab cerita dia best sangat....

Tajuk novel no.2 ni pelik sikit...
NO.2 : Senah White dan Wannababes kerdil..
sorry la Emy belum baca lagi buku ni, jadi Emy tak dapat nak cerita...
tapi lepas Emy habis baca buku ni Emy akan cuba ceritakan...
okey...jangan merajuk tau... :)

Buku no.3 ni pun Emy tak baca lagi...
tapi Emy tetap akan bagi tahu tajuk novel no.3 Emy apa...
NO.3 : Aku Mahu Lawan Hantu...
macam yang Emy cakap lepas Emy baca buku ni........
 Emy akan cuba ceritakan kepada semua...

okey...let's go to the part 2...
Hmmmmm.....lupa pulak apa nak cerita tadi...
apa ye agaknya...
sekejap ye bagi Emy fikir dulu apa yang Emy nak cerita...

..................

Oh..!!! baru ingat...
lepas Emy beli buku Diary Gadis Bintang...
nak tahu tak apa Emy buat lepas tu???
Emy terus berlari mencari kak Ainmaisarah...
nak tahu tak untuk apa Emy cari kak Ainmaisarah???
sebab Emy nak minta tanda tangan kak Ainmaisarah.....
nak tahu kenapa Emy nak tanda tangan kak Ainmaisarah???
sebab Emy suka sangat baca novel kak Ainmaisarah....

Okeylah Emy rasa kita dah sampai ke penghujung post...
Emy nak minta maaf kalau ada rasa sakit hati ke apa ke tantang post Emy selama ni...
dan kalau ada nama seseorang dalam post Emy yang Emy salah eja SORRY...

Contoh : nama kak Ainmaisarah manalah tahu Emy salah eja ke...
SORY BANYAK-BANYAK...

Saya harap kepada semua pembaca blog Emy seronak baca semua post-post yang telah Emy post...


Saturday, June 9, 2012

Bestnye Cuti Sekolah

Cuti sekolah ni Emy tak pergi mana-mana duduk rumah je......
tapi Emy balik la kampung sekejap....
nak tahu tak Emy balik kampung yang mana satu...???
Emy balik KEDAH...
Emy balik KEDAH dengan kakak Alin,kakak Seha,ibu,ayah dan Emy...
nak tahu tak siapa itu KAKAK SEHA...???
kakak Seha tu sepupu Emy...sepupu Emy sebelah ayah...nak tahu apa nama panjang dia...???
nama panjang dia ialah...
NUR FARA SEHA BT ABDUL RAHIM..
dialah sepupu yang paling rapat dengan Emy...petang ni Emy balik kampung klang...
kitorang ada buat minum petang dengan sepupu je la...

yeay.....!!!!!
esok dah masuk sekolah...
tak sabar nak jumpa kawan-kawan...
nak kenal tak kawan rapat Emy...???
Sara Hazel Hanim...
Adilah Nabihah...
Ainul Mardhiah...
Aida Najihah...
semua nama-nama yang kat atas tu.....
semua kawan Emy.....
satu kelas dengan Emy...
kecuali Adilah Nabihah....
dia bukan satu kelas dengan Emy...
tapi Kelas dia sebelah  kelas Emy...

bye...bye...!!!
 
 

Wednesday, April 4, 2012

4 April 2012

Salam,
Untuk renungan bersama:

AMALAN ZIKIR UNTUK  AWET MUDA DAN CANTIK BERSERI
 Dilakukan selepas solat Isyak secara istiqomah

· ambil air segelas


· baca al-Fatihah sekali

· Ayatul Qursi sekali

· Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

· Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga

.  kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Insha'Allah.
Sumber:  blog TQ






Sunday, March 25, 2012

26 March 2012

Salam, jom kita lihat hasil kerja Eliya semasa pertunjukan belon udara panas; dan







"how creative they are".

Manusia diberi akal untuk berfikir dan mereka  sesuatu dengan izin ALLAH SWT.  Guna dengan sebaik-baik mungkin untuk kebaikan alam sejagat.

Tuesday, March 13, 2012

13 Mac 2012

Salam, catatan untuk renungan kita bersama.

10 rahsia yahudi yang wajib diketahui  

Tahukah kita sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. 

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

- SPECIAL THANKS TO MALAYSIAN COMMUNITY

Tuesday, March 6, 2012

7 Mac 2012

Assalamualaikum,

Dah lama tak menulis tentang Emy Eliya.

One day I ask Eliya to help me do something.
She replied:

Nanti jap, adik nak buat latihan dulu, adik tak pandai kang ibu marah.
jadi ibu kena sabar ye.  Oh anakku.. anakku... menjawabnya bukan main lagi.

Wednesday, February 1, 2012

2 Januari 2012

Salam, bahan bacaan untuk renungan:

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan untuk berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
Peringatan untuk diri sendiri.