Wednesday, September 28, 2011

29 Sept. 2011

As salam, sesapa yang pernah mengikuti BTN tentu senonim dengan lagi ini kan? Liriknya yang menyentuh kalbu juga sebagai peringatan kepada kita semua terutamanya generasi muda.

Lagu Warisan

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang


Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan Gagah Di Nusantara
Maaf ibu Eliya tak ingat di'copy' dari mana.
MAAF

Monday, September 19, 2011

20 September 2011

Assalammualaikum,

Apa yang ku cari......., mari kita renungi cerita ini.

Ustaz bercerita tentang Abu Darda', seorang yang cukup terkenal sebagai sahabat Nabi. Beliau seorang ahli perniagaan yang kaya raya. Namun beliau memilih untuk mendapatkan kekayaan yang kekal abadi dan beliau tahu kehidupan itu adalah di akhirat. Lalu beliau tinggalkan dunia dan kekayaan yang sementara, dan fokus kepada akhirat. Namun sebagai ahli perniagaan, beliau teruskan berniaga. Beliau pastikan yang tempat perniagaan beliau ialah yang berhampiran dengan masjid, agar beliau dapat solaat berjemaah 5 kali sehari tanpa ketinggalan Takbiratul Ihram. Dan beliau juga pastikan yang beliau memperolehi keuntungan 40 dinar sehari, untuk beliau infakkan kesemuanya ke jalan Islam.

Apa yang Abu Darda' cari? Kebahagiaan dan kekayaan yang kekal abadi

Monday, September 5, 2011

6 September 2011

Salam, rasanya masih belum terlambat utk saya mengucapkan selamat hari raya kepada sesapa yang terbaca coretan saya ini.

Tak sangka saya, tahun ini saya berpuasa penuh. Dah sembilan tahunkan.  Tahun ni saya beraya dekat rumah nenek dekat Kelang je, tak balik Kedah pun, Ibu kata nanti-nanti la. Entah bila ibu nak balik Kedah pun tak tau la.

Kami ke rumah nenek selepas Solat Sunat Aidil Fitri di Masjid Sultan Mizan juga dikenali Masjid Besi.
Kesian nenek, ibu kata nampak nenek uzur sangat. Hanya 3 org anak nenek yg ada ketika itu.
Selepas bersalaman dengan nenek saya pun kerumah saudara mara dalam kampung.  Seronok sebab bukan selalu jumpa pun.  Paling best kerumah sepupu ayah (mak ngah Loni) mesti dapat makan sodap2.  TQ mak ngah.

                                             Atuk dan Nenek


                                          Me and my family






                                           Me and my cousins

Sekian, wassalam