erti kebahagiaan...
sesungguhnya kebahagiaan itu ialah anda hidup,
untuk pemikiran yang benar dan kukuh,
untuk akidah terbesar yang menyelesaikan,
permasalahan alam yang lampau,
persoalan yang disoal oleh orang yang tertanya-tanya,
semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir,
dari manakah aku datang? ke manakah aku hendak pergi?
kenapa aku dijadikan? adakah aku hidup kembali?
lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa,
terusir segala keraguan yang degil,
terdidiklah fikiran yang waras,
terciptalah akhlak yang mulia,
dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan
yang benar dan lurus,
hidupmu akan dikurniakan nilai,
oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina,
supaya matamu memandang di segala ufuk,
ke arah cita-cita yang tinggi,
lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat,
di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana',
kau tudung bumimu dengan langit,
dan para malaikat menjadi saksi,
itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia,
itulah asas, itulah tiang serinya,
sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik,
dengan namanya; dialah orang yang berbahagia...
-Dr Yusuf Al-Qardhawi-
Buat renungan ........