Koleksi gambar:
Lokasi: Titi Hayun, Daerah Yan Kedah DA.
Tempat penginapan: D'Yan Chalet
Majlis Daerah Yan.
Tuesday, December 27, 2011
Sunday, December 25, 2011
Balik kampung (Kedah)
Saya bertolak ke kampung pada 21/12 saya ke sana dengan menaiki kereta, hari berikutnya kami ke air terjun Bukit Batu Pahat, kami makan tengah hari sambil bermandi manda di situ....
Friday, December 9, 2011
9 Disember, 2011
Salam,
Saya dan kakak saya menghadiri kem 'memperkasakan solat' yang diadakan di tempat kerja ibu
pada 5/12 yang baru lepas.
Jom kita layan gambar pada majlis tersebut:-
Dengan senyum menerima sijil. Alhamdullilah

Friday, December 2, 2011
2 Disember 2011
Salam, kita selalu mendahulukan perkara-perkara (selalunya material) yang bukan keperluan. Pernahkah kita terfikir jika kita tidak memiliki apa yang kita idam-idamkan itu, apakah akan terjejaskan kehidupan seharian kita? Kadangkala ada yang sanggup berhutang untuk mendapatkan sesuatu demi, memenuhi keinginannya. Alangkah ruginya kita sekiranya keperluan tersebut hanya utk keduniaan semata-mata.
Ampunkan daku dan ahli keluargaku serta seluruh umat Islam Ya Allah. Limpahilah kami dengan Rahmat dan Kasih Sayangmu Ya Allah.
Ampunkan daku dan ahli keluargaku serta seluruh umat Islam Ya Allah. Limpahilah kami dengan Rahmat dan Kasih Sayangmu Ya Allah.
Kata Sheikh Yusuf al-Qaradhawi di dalam membicarakan tentang Fiqh Keutamaan:
“Sebahagian umat Islam kini kerap mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding perkara yang penting. Perkara penting adalah urusan-urusan wajib yang termaktub dalam syariat Islam. Antara perkara tersebut ada yang besar, penting dan utama dan ada pula yang kecil, ringan, kurang penting dan kurang utama iaitu asasi, cabang (furu’), dan rukun.”
Sekian.
Thursday, December 1, 2011
Hari Terakhir Bersekolah Di Tahun Tiga
Pada 18 November,sekolah saya mengadakan hari kecemerlangan,untuk tahun 2011.Saya turut hadir pada hari tersebut untuk menerima hadiah bagi pertandingan bercerita & anugerah nilam,saya juga terlibat dalam acara tarian kipas....Kedua-dua pertandingan saya mendapat tempat pertama,saya mendapat piala yang begitu besar dalam acara anugerah nilam,saya amat bersyukur dengan kejayaan tersebut.
gambar ni wak tu saya tengah menari...
saya yang dekat tepi tu....
Tu la hadiah yang saya dapat &yang tengah-tengah tu piala yang paling besar antara piala lain yang saya pernah dapat
Thursday, November 17, 2011
18 November, 2011
Taubat Sang Pemalas
(dipetik dari blog Saifulislam.com)
“Terima kasih ustaz. Azam saya tahun ini, saya mahu hadir lebih kerap lagi ke majlis ilmu. Nak berubah!” kata seorang anak muda.
Beliau hadir ke salah satu program saya baru-baru ini.
“Alhamdulillah. Baguslah begitu. Semoga istiqamah,” saya memberi semangat.
“Ustaz tahu kenapa saya nak berubah?” tanyanya kepada saya tanpa diminta.
“Kenapa?” saya tidak tahu apa yang saya tidak tahu.
“Saya kasihan tengok orang macam ustaz!” ujar beliau.
“Kasihan macam mana? Ustaz gembira sahaja. Berceramah sentiasa lebih seronok daripada mendengar ceramah. Bukankah erti hidup pada memberi!” saya menjawab.
“Betul tu. Cuma saya terfikir sesuatu. 20 orang pelajar yang sepatutnya belajar, bertungkus-lumus menjadi AJK mengatur program. Banyak susah payah yang terpaksa mereka hadapi. Mereka kena mesyuarat untuk cari idea supaya program ini menarik perhatian dan tidak stereotaip. Mereka kena fikir bab makanan dan jamuan. Mereka tak cukup tidur dan keletihan…” kisah anak muda itu.
“Itu kan bagus. Latihan dan peluang mendapat pahala” saya mencelah.
“Itu baru mereka. Ustaz pula kena buat persediaan. Buat macam-macam slaid. Tinggalkan isteri, tinggalkan anak-anak. Musafir jauh-jauh. Nak kata sebab duit, saya yakin berapa sangatlah duit yang ustaz dapat. Tapi ustaz datang juga. Dan ceramah berjam-jam dengan penuh semangat” sambungnya lagi.
“Rutin yang menyeronokkan” saya menyelit.
“Semuanya kerana nak bagi orang macam saya ni sedar. Dapat ilmu, dapat petunjuk. Berpuluh-puluh orang malah beratus yang bersusah payah untuk saya. Tiba-tiba saya lebih selesa lepak di bilik main game atau tidur sahaja. Ustaz rasa patut tak Allah bakar saya dalam Neraka kerana malas dan degil saya?” soalnya dengan nada serius.
“Allah Maha Pengampun” saya menjawab.
“Maha Pengampun kepada orang yang tidak pernah minta ampun?” tanya anak muda itu.
Saya terdiam.
“Pada saya, setiap kali ada program di kampus, ada 1001 pengorbanan yang berlaku untuk menjayakannya. Golongan yang tak endah dengan program itu adalah manusia yang kufur nikmat. Kalau nanti masuk Neraka pun, semua orang akan kata, memang patut pun! Sebab itu saya takut ustaz. Saya janji pada diri sendiri untuk tidak lagi mensesiakan majlis ilmu terutamanya yang diatur khusus untuk orang macam saya. Kaum pemalas!” katanya.
Antara sedih dan terharu, hinggap pula di hati saya perasaan lucu.
“Tahu takpe!” hati berkata.
Untuk bacaan ahli keluarga. Terima Kasih Ustaz.
“
Monday, November 7, 2011
8 November 2011
Salam, sesungguhnya semua yang tercatat disini adalah peringatan untuk diri sendiri dan ahli keluargaku .....
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat)benda itu: "Jadilah Engkau!", maka ia terus menjadi"-ayat 82, surah Yassin.
sumber:facebook

Friday, November 4, 2011
4 November, 2011-Kutbah terakhir Nabi S.A.W
KHUTBAH TERAKHIR
RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM
Bertempat di Padang Arafah, pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada’, Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbahnya yang terakhir (Khutbah Wida’). Baginda bertolak ke Arafah dari Mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga tergelincir matahari (waktu zohor).
Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida’ itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144,000 orang semuanya.
Baginda pun menyampaikan khutbahnya yang bersejarah:
“Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu supaya mentaati-Nya. Aku membuka khutbahku ini dengan mukaddimah yang baik.
Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan aku katakan ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.
1. Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini Makkah dan kawasan sekitarnya.
2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.
3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakimu (iaitu telah dihapuskan).
4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi’ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
5. Riba adalah haram dan aku memulakannya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.
6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan pakai dengan baik.
7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seorang muslim mengmbil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.
8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.
9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.
10. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.
11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.
12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu.” Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah.” Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SWT dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umaiyyah bin Khalaf ra.
Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempunaan agama Islam.
“Pada hari ini telah disempurnakan bagimu agamamu, dan telah kucukupkan nikmat-ku kepadamu, dan telah kuredhakan Islam itu menjadi agama untukmu. (Al-Maidah ayat 3)
Selepas baginda membacakan wahyu ini, para sahabat saling berpelukan kerana begitu gembira. Namun sayyidina Abu Bakar perasan al-Qaswah unta nabi menitiskan air mata dengan banyaknya. Beliau pun ikut menangis.
Sayyidian Umar bertanya apakah sebabnya lalu sayyidina Abu Bakar menjelaskan. Di sebalik berita gembira sempurnanya agama Islam, wahyu itu juga petanda khabar duka. Baginda pasti akan meninggalkan mereka kerana tugasnya sebagai Rasul sudahpun selesai. Mendengar itu sayyidina Umar pun menangis sama, begitu juga dengan para sahabat yang lain.
Diambil diri blog Ibnu Abbas.
Terima kasih.
Wednesday, November 2, 2011
3 November, 2011
Salam, Haha lama dah tak menulis. Tak idea. Malas pun ada.
Untuk hari ini, jom kita renung Kata-Kata Mutiara IMAM BAQIR A.S
"Ku wasiatkan lima perkara kepada mu:
1. jika engkau di zalimi, jangan berbuat zalim
2. jika mereka mengkhianatimu, janganlah engkau berkhianat,
3. jika engkau dianggap pembohong, janganlah engkau marah
4. jika engkau dipuji, janganlah engkau gembira, dan
5. jika engkau di cela, kawallah diri mu".
"Tiga perkara adalah kemuliaan dunia dan akhirat:
- memaafkan orang yang menzalimimu
- menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, dan
- sabar ketika engkau diperlakukan seperti orang bodoh"
Siapa kah itu.......
Wassalam.

Wednesday, October 5, 2011
6 Oktober 2011
As salam, n3 ni nak kongsi gambar-gambar sekitar lawatan pejabat ini ke Petronas Petrolium RC, KLC
pd 29 Sept. 2011 yg lalu.
Pemandangan dari tingkat 42 (skybridge). Subhanallah.
Diatas skybridge
Taklimat
.
Sedap mata memandang melihat susun aturnya.
Di akhir lawatan 'main enterence'
pd 29 Sept. 2011 yg lalu.
Pemandangan dari tingkat 42 (skybridge). Subhanallah.
Diatas skybridge
Taklimat
.
Sedap mata memandang melihat susun aturnya.
Di akhir lawatan 'main enterence'
Wednesday, September 28, 2011
29 Sept. 2011
As salam, sesapa yang pernah mengikuti BTN tentu senonim dengan lagi ini kan? Liriknya yang menyentuh kalbu juga sebagai peringatan kepada kita semua terutamanya generasi muda.
Lagu Warisan
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan Gagah Di Nusantara
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan Gagah Di Nusantara
Maaf ibu Eliya tak ingat di'copy' dari mana.
MAAF
MAAF
Monday, September 19, 2011
20 September 2011
Assalammualaikum,
Apa yang ku cari......., mari kita renungi cerita ini.
Ustaz bercerita tentang Abu Darda', seorang yang cukup terkenal sebagai sahabat Nabi. Beliau seorang ahli perniagaan yang kaya raya. Namun beliau memilih untuk mendapatkan kekayaan yang kekal abadi dan beliau tahu kehidupan itu adalah di akhirat. Lalu beliau tinggalkan dunia dan kekayaan yang sementara, dan fokus kepada akhirat. Namun sebagai ahli perniagaan, beliau teruskan berniaga. Beliau pastikan yang tempat perniagaan beliau ialah yang berhampiran dengan masjid, agar beliau dapat solaat berjemaah 5 kali sehari tanpa ketinggalan Takbiratul Ihram. Dan beliau juga pastikan yang beliau memperolehi keuntungan 40 dinar sehari, untuk beliau infakkan kesemuanya ke jalan Islam.
Apa yang Abu Darda' cari? Kebahagiaan dan kekayaan yang kekal abadi

Monday, September 5, 2011
6 September 2011
Salam, rasanya masih belum terlambat utk saya mengucapkan selamat hari raya kepada sesapa yang terbaca coretan saya ini.
Tak sangka saya, tahun ini saya berpuasa penuh. Dah sembilan tahunkan. Tahun ni saya beraya dekat rumah nenek dekat Kelang je, tak balik Kedah pun, Ibu kata nanti-nanti la. Entah bila ibu nak balik Kedah pun tak tau la.
Kami ke rumah nenek selepas Solat Sunat Aidil Fitri di Masjid Sultan Mizan juga dikenali Masjid Besi.
Kesian nenek, ibu kata nampak nenek uzur sangat. Hanya 3 org anak nenek yg ada ketika itu.
Selepas bersalaman dengan nenek saya pun kerumah saudara mara dalam kampung. Seronok sebab bukan selalu jumpa pun. Paling best kerumah sepupu ayah (mak ngah Loni) mesti dapat makan sodap2. TQ mak ngah.
Atuk dan Nenek
Me and my family
Me and my cousins
Sekian, wassalam

Wednesday, August 3, 2011
4 Ogos 2011
Salam, mari kita hayati coretan di bawah:
erti kebahagiaan...
sesungguhnya kebahagiaan itu ialah anda hidup,
untuk pemikiran yang benar dan kukuh,
untuk akidah terbesar yang menyelesaikan,
permasalahan alam yang lampau,
persoalan yang disoal oleh orang yang tertanya-tanya,
semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir,
dari manakah aku datang? ke manakah aku hendak pergi?
kenapa aku dijadikan? adakah aku hidup kembali?
lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa,
terusir segala keraguan yang degil,
terdidiklah fikiran yang waras,
terciptalah akhlak yang mulia,
dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan
yang benar dan lurus,
hidupmu akan dikurniakan nilai,
oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina,
supaya matamu memandang di segala ufuk,
ke arah cita-cita yang tinggi,
lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat,
di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana',
kau tudung bumimu dengan langit,
dan para malaikat menjadi saksi,
itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia,
itulah asas, itulah tiang serinya,
sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik,
dengan namanya; dialah orang yang berbahagia...
-Dr Yusuf Al-Qardhawi-
Buat renungan ........
Tuesday, August 2, 2011
3 Ogos 2011
Salam, InsyaAllah hari ini dah 3 hari umat islam berpuasa, saya setakat semalam puasa penuh.
Seronok. Semalam ibu masak nasi daging, saya makan dengan sambal udang. Lepas saya makan sandwich, ibu buat juga. Tapi saya tak ikut ibu dan ayah sembayang terawih, mengantuk.
Ini gambar saya dan along (aiman). Rindu aiman, nanti raya kita jumpa ye along.
Ok Sampai disini. Wassalam

Wednesday, July 13, 2011
Flora fest - Putrajaya
Salam, saya ke floria Putrajaya pada hari pertama 9 Julai 2011. Cantik. Jom kita tengok sedikit gambar yang sempat dirakamkan.
Cukuplah lima keping gambar, jom la kita pergi ramai-ramai.
Cukuplah lima keping gambar, jom la kita pergi ramai-ramai.
Tuesday, July 12, 2011
13 Julai 2011
Assalam, pd 8/7/2011 kak ngah (sebelah ibu) telah selamat dinikahkan dengan pasangannya abg. Rizal.
Kami tiba agak lewat sebab jalan jem teruk, ayah hampir-hampir nak balik dah. Nasib lepas tol jalan lengang. Kendurinya hari Sabtu (9/7) kami sekeluarga tak hari sebab jalan tersangatlah jem. Maaflah Angah.
Selamat Pengantin Baru Angah dan Abg. Rizal

Sunday, July 3, 2011
4 Julai 2011
As salam, hari ini saya cuti sempena Larian 1Malaysia yang diadakan pada Sabtu lepas 2 Julai.
Saya ikut Angah, mami Marsya ke Kelang, seronok juga dapat jalan, tak ada la kena buli dengan Abang sulung saya yang hensem tu. Ayeng masih bercuti, ibu kata bulan sembilan nanti baru dia pi belajar balik dkt UiTM, Shah Alam. Lama lagi tu. Kak ngah saya dah balik dah. Semalam (Ahad) cik Anis balik kejap untuk makan tengahari je. Pinggan sendiri pun tak basuh. MALAS betul kak Ngah ni, tak pa ibu kata esok-esok anak dia buat kat dia macam tu juga, dunia ni kan bulat, hari ni kita buat orang, esok2 orang buat kat kita pula. Jadi ibu kata sapa2 nak terima yang baik2 kemudian hari, kena la buat baik sekarang. Sampai disini dulu jumpa lagi...... (nanti saya uploadkan gambar abang yang hensem dan kak Ngah).

Subscribe to:
Posts (Atom)